Community Engagement

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, UNIMAS ke SMK Singai, Bau (Siri II)

Image

Pada 27 Oktober 2021, Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IKPK) telah memberikan sumbangan sempena program tanggungjawab sosial (CSR) Siri 2  kepada warga sekolah SMK Singai, Bau. Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk peralatan sukan dan juga mesin pencetak.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah IKPK, Prof. Dr David Perera kepada Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Cikgu Lawrence. Turut hadir bersama adalah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid Encik Jong Tian Se bagi menyaksikan penyerahan peralatan tersebut.

Sumbangan ini adalah salah satu langkah dan usaha bagi memupuk minat bersukan dalam kalangan pelajar. Pada masa yang sama, pihak kami berharap ia menjadi pemangkin kepada warga sekolah dalam membentuk komuniti yang membudayakan aktiviti sukan sebagai satu gaya hidup yang sihat dan menjadi landasan  dalam memupuk perpaduan antara kaum.

Lawatan Menteri Pengajian Tinggi (KPT) ke Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti

Yang Berhormat (YB) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi telah melakukan lawatan ke IKPK sempena lawatan rasmi ke Universiti Malaysia Sarawak pada 25 Oktober 2021.

Lawatan dimulakan dengan penerangan ringkas oleh Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, Prof. Dr David Perera berkaitan dengan penyelidikan yang dijalankan di IKPK terutamanya Large Scale Genome Surveillance Programme yang ditaja oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas penerangan, YB Menteri dibawa melawat ke beberapa makmal yang terdapat di dalam IKPK.

Turut mengiringi YB Menteri ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie, Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dr Wan Hashim Wan Ibrahim dan juga Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Inovasi dan Enterprise, Prof Dr Lo May Chiun.

Image
Image

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, UNIMAS ke SMK Singai, Bau

Image

Pada bulan April yang lepas, sebanyak dua (2) unit komputer dan satu (1) unit mesin pencetak telah disumbangkan oleh Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IKPK) kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Singai, Bau. Penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah IKPK, Prof Dr David Perera kepada Pengetua sekolah SMK Singai.

Penyerahan sumbangan ini adalah bersempena pelaksanaan projek CSR adopt-a-school bagi menarik minat pelajar dalam pembelajaran Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) terutamanya di kalangan pelajar luar bandar. Menurut Prof Dr David Perera, sebagai permulaan untuk program CSR ini, pihak IKPK menyumbangkan dua (2) unit komputer dan satu unit mesin pencetak untuk diletakkan di Pusat Sumber Sekolah.

Justeru itu, beliau berharap dengan adanya kemudahan komputer ini, ia akan dapat memudahkan pelajar dalam pencarian maklumat terutamanya subjek-subjek STEM dan memupuk minat pelajar untuk menjadi seorang yang berfikiran kritikal dan kreatif.

Image
Image
Image

Engagement with Native Penan Populations

Pada 4 Mac 2020 yang lepas, sekumpulan penyelidik telah berlepas ke Long Lama dan Long Baloh bagi menjalankan satu kajian lapangan yang melibatkan populasi Penan Asli di daerah Baram, Sarawak. Kajian lapangan ini adalah bagi mendapatkan data untuk projek kerjasama antara IKPK dan Sarawak Forestry yang bertajuk " Assesing the Impact of Dual Disease Burden and Lifestyle Transition on Population Phenome Among Native Penan Populations in Sarawak". Projek yang dibiayai sepenuhnya oleh geran penyelidikan daripada Sarawak Forestry ini akan dijalankan dalam beberapa fasa.

Antara objektif kajian lapangan ini adalah untuk mendidik populasi Penan secara tidak langsung mengenai kepentingan kesihatan awam selain mengukuhkan hubungan dalam komuniti Penan. Peralihan gaya hidup populasi Penan Asli adalah sejajar dengan pembangunan semasa yang berlaku di kawasan mereka justeru penyelidikan ini ingin menilai sejauhmana ia memberi impak ke atas kesihatan populasi berkenaan.